 | Assalamualaikum, Kehadiranmu Amatku Hargai, Sahabat... | Jan 24, 2008 |
 | Buah Zaitun : Khasiat dan Keistimewaannya |  | Norkumala bt. Awang Pegawai Penyelidik
11/04/2008 | Artikel Bahasa Malaysia |  | "Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.
Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.
Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya. | Sumber: http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1569&cmd=resetall Oleh SITI AINIZA KAMSARI Gambar RIDUAN RIZAL pada rancangan Reflections musim kelima ini, William Suhaib Webb berinteraksi secara spontan dengan penonton. WALAUPUN berbeza bahasa, namun demi menyampaikan kebenaran dan menyebarkan ilmu-ilmu Allah dan Rasul-Nya, maka misi dakwah seorang imam dari Boston, Amerika Syarikat di negara ini dikira berjaya. William Suhaib Webb, 39, kini sudah mempunyai ramai penonton setia yang tidak akan berganjak tempat duduk setiap kali beliau muncul sebagai hos rancangan agama popular masa kini, Reflections di TV AlHijrah. Dalam rancangan selama setengah jam setiap Isnin sehingga Khamis bermula pukul 7 pagi dan setiap Rabu dan Khamis bermula pukul 10.30 malam, Suhaib dalam bahasa Inggeris yang mudah membolehkan Islam turut dapat difahami dengan mudah. Suhaib memeluk Islam pada tahun 1992, merupakan seorang deejay profesional. Maka tidak menghairankan jika dia masih menggunakan kemahiran dalam berkomunikasi itu bagi menarik perhatian penonton. Dalam rancangan itu, Suhaib mengupas surah-surah dalam al-Quran dari pelbagai aspek, terutama dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian umat Islam. Beliau tidak sahaja mengeluarkan pendapat, malah berkongsi dengan ulama-ulama dan tokoh ilmuan Islam lain bagi memberikan perspektif lebih luas kepada penonton. Sesungguhnya beliau seorang yang suka berkongsi ilmu, jika dalam bahasa Arabnya perumpamaannya adalah Al Ilmu kal Usrati, iaitu ilmu itu bagai keluarga, mesti dikongsi bersama. Beliau berkongsi tanpa mengira cara dan tempat di mana sahaja terutama menggunakan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat (IT). Bahkan, disokong laman webnya sendiri, iaitu www.SuhaibWebb.com (Your Virtual Mosque), yang diiktiraf sebagai Blog Terbaik, The Best Blog of the Year untuk tahun 2009 oleh Brass Crescent Awards dan di laman sosial Tweeter pula, dengan undian tertinggi untuk memenangi The Best Muslim Tweeter, setahun kemudian. Ini tidak termasuk di laman sosial Facebook miliknya, seramai 30,356 yang menyukainya (likes) dan boleh juga dikenali sebagai Ustaz Youtube apabila ia antara yang begitu popular pada hari ini. Kini di TV AlHijrah, kemunculan Suhaib antara yang sering dinanti-nantikan oleh para penonton kerana rancangan Reflections kini telah memasuki musim kelima sejak mula diperkenalkan hampir dua tahun lalu dengan Suhaib sendiri adalah peneraju awal rancangan ini. Beliau sebenarnya merupakan Imam Masjid Boston di Pusat Masyarakat Islam dan Kebudayaan Boston (ISBCC), masjid yang terbesar di wilayah New England, Amerika Syarikat. Namun menyedari bahawa generasi boleh dibentuk melalui pengaruh televisyen, Suhaib sanggup untuk kerap berada di Malaysia bagi menjayakan rancangan tersebut. "Saya dahulu membesar dengan pengaruh-pengaruh yang disiarkan oleh saluran TV MTV, maka tidak menghairankan yang lahir adalah generasi MTV. "Jadi apabila telah ada saluran televisyen yang baik ini, maka kita perlu mengambil kesempatan sepenuhnya bagi menjadikan saluran ini yang paling utama dan berpengaruh demi membentuk generasi Islam yang terbaik terutama daripada kalangan anak muda kita hari ini," katanya. Beliau ditemui baru-baru ini bagi menjayakan Rancangan Reflections yang dirakam bersama para penonton di Auditorium Besar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak yang buat pertama kalinya Suhaib berpeluang berinteraksi bersama penonton sebagai daya tarikan terbaru kepada rancangan itu. Suhaib sememangnya handal dalam bual berbicara kerana menerusi pengalaman yang luas semasa belajar di Universiti al Azhar, Mesir selama enam tahun (2004 - 2010) dan pelbagai aktiviti dakwah, sosial dan kemasyarakatan, dia digunakan sepenuhnya supaya tidak ada halangan antara dirinya dengan penonton. Sambil menyelitkan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang semakin fasih dituturkan, Suhaib bijak mengajak para penonton secara spontan. Ajak penonton hayati sirah Rasulullah Untuk rakaman baru-baru ini, Suhaib mengetengahkan topic sejarah Penghijrahan Rasulullah dan para sahabat ke Madinah yang umumnya telah diketahui oleh para penonton. Tetapi beliau mengajak dan mengajukan soalan kepada para penonton yang kebanyakannya adalah pelajar UIAM sendiri untuk menceritakan kembali akan rentetan sejarah hijrah tersebut. Mengimbas kembali bagaimana perasaan sahabat besar Rasulullah S.A.W, Abu Bakar As Siddiq apabila Rasulullah mengajak beliau untuk sama-sama berhijrah, Suhaib bertanya kepada para penonton, jika mereka berada di tempat Abu Bakar apakah yang akan mereka beritahu melalui laman Tweeter mahupun Facebook akan perasaan mereka kerana perluang berhijrah dengan Rasulullah? “Sebagaimana mungkin kita bangga hendak memberitahu dunia bahawa kita berpeluang berada bersama penyanyi Justin Bieber misalnya tentulah dapat berjalan bersama dengan Rasulullah adalah lebih lagi. “Bukan sahaja kita bangga malah umpama satu anugerah yang tidak ternilai kerana bersama dengan Rasulullah bermakna kita hendak juga mahu bersama dengan banginda di akhirat nanti. “Jika kita dapat bersama baginda di akhirat nanti, tidakkah kita tergolong dalam kalangan mereka yang sangat bertuah dan istimewa,” katanya Walaupun kini Rasulullah telah tiada kata Suhaib namun kita tetap berpeluang bersama dengan baginda di akhirat kelak jika kita mengikut jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dalam segenap ajaran dan ikutan baginda. Menurut Suhaib, mencintai Rasulullah S.A.W dengan menjadikan baginda sebagai role model bukan sesuatu yang mustahil. “Sehingga pernah seorang syeikh yang pernah mengajar saya, mukanya akan bertukar kebiruan setiap kali membacakan ayat-aat hadis Rasulullah. “Apabila ditanya mengapa sehingga menjadi begitu sekali, beliau menjawab; “Saya membaca hadis yang merupakan kata-kata yang diucapkan sendiri melalui mulut Rasulullah, siapa baginda? Baginda bukannya calang-calang menusia, baginda manusia paling agung!” Suhaib turut mengajak penonton untuk menilai semula akan erti persahabatan yang terjalin di antara Abu Bakar dan Rasulullah dengan nilai persahabatan yang ada pada hari ini. Persahabatan yang terjalin antara Abu Bakar dan baginda Rasulullah mempunyai nilai yang sangat tinggi yang sukar untuk ditemui sehingga ke hari ini. Nilai persahabatan kita pada hari ini mungkin berdasarkan kepada kepentingan tertentu. Umpama saya dahulu, hari pertama apabila mendapat tahu saya telah memeluk Islam, ramai yang terkejut dan menelefon saya. Tetapi masuk hari kedua, ketiga dan seterusnya tiada lagi menghubungi saya sedang kebanyakan mereka adalah sahabat-sahabat saya,” katanya. Sumber: Utusan Malaysia 12/04/2012 Susunan ZUARIDA MOHYIN SEBAGAI seorang gadis Kristian yang kemudiannya memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang lelaki Muslim, itu sudah cukup luar biasa bagi Aisha Bhutta. Namun apa yang telah dilakukan olehnya jauh lebih menakjubkan. Apa tidaknya, dia sebenarnya turut mengislamkan kedua ibu bapanya. Malah hampir keseluruhan ahli keluarganya serta sekurang-kurangnya 30 orang daripada kalangan kawan dan jiran turut memeluk Islam. Aisha yang sebelum ini dikenali sebagai Debbie Rogers duduk tenang di sebuah sofa di ruang tamu pangsapurinya yang terletak di Cowcaddens, Glasgow, United Kingdom. Di dinding ruangan tersebut tergantung sebuah petikan ayat daripada al-Quran dan jam khas yang memberi peringatan kepada isi rumah tersebut akan waktu-waktu solat lima waktu. Poster kota Mekah turut menghiasi dinding ruang rumah berkenaan. Kilauan mata biru Aisha yang mencerminkan keceriaan dan ketenangan bagai memancarkan cahaya keimanannya. Aisha yang memiliki raut wajah berdarah Scotland, masih ketara meskipun dilitupi hijab. Keluarga Aisha merupakan pengikut kuat agama Kristian yang mana mereka selalu menghadiri perjumpaan yang dikenali sebagai Salvation Army. Pada zaman remaja ketika rakan-rakannya yang lain hanya boleh melelapkan mata selepas memeluk dan mencium gambar artis pujaan mereka, namun bagi Aisha, dia lebih selesa menggantungkan gambar Nabi Isa di dinding bilik. Pun begitu, dia tetap mendapati bahawa ajaran Kristian masih tidak cukup dan masih banyak persoalan yang tidak terjawab. "Ada banyak lagi yang perlukan penjelasan," tegas Aisha dalam satu pengakuannya di sebuah laman sesawang. Aisha pertama kali bertemu dengan bakal suaminya, Muhammad Bhutta ketika berusia 10 tahun dan menjadi pelanggan setia di kedai yang dimiliki bapa Muhammad. Pada masa itu, dia selalu melihat Muhammad bersembahyang di belakang kedai. "Ada semacam satu perasaan puas hati dan ketenangan dalam apa yang dilakukan Muhammad itu. Katanya dia seorang Muslim," kata Aisha. Dengan bantuan Muhammad, Aisha mula mendalami tentang Islam. Ketika usianya mencecah 17 tahun, dia telah menghabiskan keseluruhan al-Quran dalam bahasa Arab. "Semua yang saya baca adalah logik, benar dan diterima akal," akui Aisha yang mengambil keputusan untuk memeluk Islam pada usianya 16 tahun. "Sebaik sahaja saya mengucapkan kata-kata itu atau melakukan syahadah terasa seperti batu berat yang berada di bahu, hilang serta merta. Saya seperti bayi yang baru dilahirkan," katanya. Namun, di sebalik pengislamannya itu, ibu bapa Muhammad sebenarnya menentang hasrat perkahwinan mereka, terutamanya bapa Muhammad. Aisha dilihat sebagai wanita Barat yang akan menyesatkan anak sulung mereka dan akan mengaibkan nama keluarga. Aisha dianggap oleh keluarga Muhammad sebagai musuh. Walau bagaimanapun, dua sejoli itu tetap meneruskan perkahwinan mereka di sebuah masjid di situ. Aisha pada hari bahagia itu, cantik dengan pakaian pengantin yang dijahit oleh ibu dan adik Muhammad yang menyelinap secara senyap-senyap ke majlis mereka sungguhpun telah dilarang oleh bapanya yang menentang keras perkahwinan tersebut serta bertekad tidak mahu menghadiri majlis penuh bermakna bagi pasangan pengantin muda, Muhammad dan Aisha. Nenek Muhammad merupakan orang yang bertanggungjawab membuka jalan bagi ikatan pernikahan itu. Neneknya tiba dari Pakistan, di mana perkahwinan campur dianggap satu tabu, dan dia berharap sangat dapat bertemu dengan Aisha. Akhirnya, nenek Muhammad begitu terkesan dengan kenyataan bahawa Aisha telah mempelajari al-Quran dan bahasa Punjabi dan dari situ timbul keyakinannya. Lama-kelamaan Aisha menjadi sebahagian daripada keluarga Muhammad. Ibu bapa Aisha, Michael dan Marjory Rogers, walaupun menghadiri majlis perkahwinan tersebut, namun lebih mengambil berat dengan pakaian yang dipakai oleh anak gadis mereka itu iaitu pakaian tradisi masyarakat Punjabi yang dikenali dengan nama shalwaar kameez. Misi dakwah Aisha Selepas enam tahun memeluk Islam, Aisha Bhutta memulakan satu misi untuk mengIslamkan keseluruhan ahli keluarganya serta adiknya sekali. “Kami berdua (Aisha dan suami) sentiasa berdakwah kepada ibu dan ayah saya, memberitahu mereka tentang Islam,” katanya. Perubahan yang berlaku dalam dirinya kata Aisha menjadikan tugas dakwah itu semakin mudah. Tidak lama kemudian, ibunya menurut jejak langkah Aisha dan menukar namanya kepada Sumayyah dan menjadi seorang Muslim yang solehah. “Dia kini sudah bertudung dan melaksanakan solat lima waktu mengikut masanya. “Dia semakin menjaga hubungannya dengan dengan Allah waima berdepan dengan pelbagai cabaran,” ujar Aisha. Di pihak ayahnya pula, situasi jauh berbeza kerana agak sukar untuk dibawa kepada agama Islam, sehingga Aisha terpaksa meminta bantuan daripada ibunya (telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit barah). “Saya dan ibu selalu bercerita kepada ayah tentang ajaran Islam. Pada suatu hari itu, sedang kami duduk-duduk di sofa di daripada bapa tentang apakah yang diucapkan bila seseorang itu memeluk agama Islam. “Kami tidak dapat menahan gembira dan berpelukan. Tiga tahun kemudian, abangnya pula mengucap dua kalimah syahadah menerusi telefon dan disusuli isteri dan anak-anaknya. Kemudian diikuti pula oleh anak lelaki kakak saya,” katanya. Kegembiraan tidak terhenti di situ sahaja. Sebaik pengIslaman ahli keluarganya, Aisha kemudian menumpukan perhatian kepada warga Cowcaddens. Pada setiap hari Isnin, selama 13 tahun, Aisha telah mengadakan kelas pengajian Islam untuk kaum wanita Scotland di kejiranan tempat tinggalnya. Sehingga kini Aisha telah mengIslamkan hampir 30 orang. Kaum wanita itu dating daripada pelbagai latar belakang. Trudy, seorang pensyarah di Universiti Glasgow dan dahulunya beragama Kristian Katonik, menghadiri kelas Aisha yang pada awalnya sekadar untuk membuat satu penyelidikan. Namun selepas enam bulan menghadiri kelas, dia memeluk agama Islam. Suami Aisha, Muhammad, nampaknya tidak begitu berminat untuk mengIslamkan pemuda Scotland. Dia kadang-kadang membantu di restoran keluarga mereka, tetapi tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memastikan lima anak-anaknya membesar sebagai Muslim yang baik. “Sejujurnya saya tidak pernah menyesal memeluk agama Islam. Setiap perkahwinan itu ada pasang surutnya dan kadang-kalanya kita perlukan sesuatu untuk membawa kita keluar daripada kepayahan tersebut. “Namun, saya berpegang dengan kata-kata baginda Rasulullah S.A.W: Setiap kesusahan itu ada kesenangan di kemudian harinya. Jadi kesusahan yang ditempuhi itu bermakna kita berusaha untuk kemudahan, kesenangan di masa depan,” kata Aisha. Malah katanya, Muhammad sebenarnya jauh lebih romantic. “Saya rasa antara kami sudah mengenali antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. “Menurutnya Islam, kita bukan sahaja boleh menjadi pasangan didunia tetapi juga pasangan di akhirat. Ia adalah sesuatu yang cukup indah,” kata Aisha. Sumber:Utusan Malaysia 16/02/2012 Susunan SITI AINIZA KAMSARI 
Dakwah... Osman Andrew Young menerangkan mengenai hasil seni karya kaligrafi khat beliau yang boleh didapati dalam pelbagai medium kepada pengunjung galeri yang kagum dengan bakat dan kemahiran yang beliau miliki. JIWA kembara yang tebal, membawakan Osman Andrew Young berkelana untuk meneroka tempat-tempat eksotik di pelbagai bahagian dunia. Dari situ dia bertemu dengan bermacam-macam ragam manusia, termasuk mereka yang menurutnya sebagai orang yang terbaik, iaitu Muslim. Mengenai Islam itu sendiri, bukan sesuatu yang asing kerana Osman pernah mempelajarinya melalui pengajian Sejarah Arab di Universiti St. Andrew, Scotland. Lalu pengembaraannya itu bukan hanya memperkenalkannya pada Islam tetapi juga pada seni kaligrafi terutamanya khat yang kini menjadi kepakarannya. Pada usia 18 tahun, Osman sudah melakukan perjalanan darat menyusuri utara benua Afrika dengan mengunjungi negara-negara Tunisia, Algeria dan Maghribi. Semua itu dilakukan walau tanpa berbekalkan bahasa Arab yang baik, wang saku yang banyak serta tanpa tahu apa tujuan yang dicari. Namun mujur di sepanjang pengembaraannya itu Osman tidak menghadapi banyak masalah kerana dia sering bertemu dengan mereka yang banyak memberi bantuan. Semua ini membuatkan naluri hatinya sangat tersentuh. Sehingga kadang-kala dia akan tinggal berhari-hari lamanya di sesebuah tempat. "Antara yang sukar dilupakan, di sebuah desa jauh diceruk pedalaman, beberapa anak kecil yang selama berhari-hari memperhatikan saya, muncul dari sebuah rumah dan membawakan makanan untuk saya," ujar Osman sambil tersenyum. Pengalaman mengesankan yang dialaminya sendiri selama berkelana ke negara-negara Islam di utara Afrika merupakan hubungan pertamanya dengan masyarakat Islam. Pun begitu, yang lebih menarik perhatiannya ialah keunikan tulisan-tulisan kuno di setiap perjalanannya itu. Sama ada huruf-huruf Yunani kuno, huruf hieroglif Mesir kuno dan bentuk huruf-huruf Arab yang ditemui selama berkelana itu. Ia begitu menarik perhatian Osman sehingga membuak-buakkan rasa inginnya untuk lebih memahami huruf-huruf asing tersebut, terutama huruf-huruf Arab. "Meskipun saya tidak begitu memahami akan huruf dan perkataan Arab, namun saya masih ingat ketika mengikuti pengajian Sejarah Arab dahulu. Sebab itu, ketika saya mempelajari huruf Arab klasik, saya mampu dan mudah untuk menghafal surah Yusuf, sekalipun saya tidak memahami akan maknanya. "Ini kerana saya sangat tertarik dengan keindahan bunyi ucapan daripada surah-surah al-Quran," tutur Osman. Selesai kuliah, Osman sempat berpindah dan tinggal di Kota London. Sayangnya, ia cuma bertahan selama enam bulan. Osman merasa asing secara fizikal dan emosional. Jiwanya langsung tidak terpaut dengan kehidupan di kota itu. Kebetulan dia terbaca satu iklan mengenai peluang bekerja di Mesir. Osman terus mengambil kesempatan itu lalu berangkat menuju ke kota Mesir, Kaherah. Sekali lagi dia memilih kaedah mengembara untuk ke Kaherah dengan terlebih dahulu singgah di Sudan. Dia melihat Sudan sebagai sebuah negara yang sebahagian besar wilayahnya adalah gurun pasir (Gurun Sahara). Tetapi beliau bertemu dengan masyarakat yang sangat hangat dalam pergaulan dan persahabatan sekalipun beliau merupakan orang asing dan berlainan fahaman dan agama. "Kesemua mereka adalah orang Islam yang melakukan solat dan mempunyai perlakuan peribadi yang sangat mulia. Namun mereka hidup dalam keadaan yang serba sederhana dan menggayakan busana tradisional Muslim yang sangat menarik perhatian saya," ujar Osman yang seringkali diundang makan ke rumah warga Sudan itu. Pengalaman unik di Sudan Keramahan masyarakat Islam di Sudan membuatkan Osman Andrew Young merasa sangat betah seperti berada di rumah sendiri. Sangat berbeza jikan dibandingkan dengan kehidupan masyarakat di Eropah yang menurutnya sangat bersifat individualistic dan kadangkala sangat kaku. Tahun 1984, Osman sempat melakukan perjalanan selama lima hari ke pergunungan Jabal Mara di Darfur, Sudan. Dia mendaki pergnungan itu dan berjalan kaki berjam-jam lamanya dari satu desa ke desa lain yang menyaksikan satu pemandangan yang indah. Bagi Osman ia adalah sangat luar biasa. “Bukan sahaja kerana keindahan pemandangannya tetapi di sini di tengah-tengah kawasan yang sangat terpencil, anda akan melihat seorang petani yang melakukan solat sendirian. Pemandangan itu membuatkan hati saya tersentuh. Namun ringkasnya, Darfur adalah destinasi yang sangat mengagumkan dan sangat menarik,” tegasnya. Osman juga dapat melihat sendiri seramai 50 orang yang melaksanakan solat secara berjemaah. Manakala di malam hari, saat dia tidur, sayup-sayup kedengaran bacaan daripada ayat-ayat suci al-Quran. Mereka sedang mendirikan solat dan berzikir. Sungguhpun begitu, pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ketikan mendaki di pergunungan Jabal Mara itu, iaitu pertemuan dengan seseorang yang dikenali ketika makan di sebuah warung kecil. Orang tersebut telah mengajak Osman ke sebuah pondok kecil miliknya. Lalu diberikan tempat tidur, sementara dia hanya tidur di atas lantai. “ Pada pagi hari ketika saya bangun, saya sangat terharu melihatkan orang itu melakukan solat dengan begitu khusyuk,” katanya. Osman kemudiannya ke Kaherah sebagaimana matlamatnya dan di Negara itu menyaksikan pengIslaman Osman secara rasmi. Di Mesir, Osman begitu menikmati bacaan-bacaan Quran dan zikir. “Saya merasa seperti mendengar sesuatu yang sudah begitu akrab di telinga saya. Suara-suara itu seakan-akan berpadu satu dan membawa impak yang sangat kuat bagi diri saya. “Sangat sukar untuk dijelaskan, al-Quran, bacaan dan tulisannya sangat indah dan mengagumkan. Bahkan di suatu-suatu saat, saya seakan-akan melihat cahaya yang mendorong perasaan kerohanian saya dan tidak ada sebarang keraguan. Saya akhirnya memeluk Islam” ujar Osman Sumber Utusan Malaysia 5/4/2012 Dr Aidh Abdullah al-Qarni ialah seorang ulama Arab Saudi juga penulis motivasi Islam terkenal di dunia masa kini. Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni dilahirkan pada tahun 1379H di perkampungan al-Qarn, sebelah selatan Arab Saudi. Beliau berasal dari keluarga Majdu' al-Qarni. Memiliki ijazah kesarjanaan dari Fakulti Ushuluddin Universiti Islam Imam Muhammad ibn Su'ud tahun 1403-1404H dan sarjana dalam bidang Hadis Nabi tahun 1408H dengan tesis berjudul al-Bid'ah wa Atsaruha fi ad-Dirayah wa ar-Riwayah (Pengaruh Bid'ah terhadap ilmu Dirayah dan Riwayah Hadis). Gelaran doktornya diraih dari universiti yang sama pada tahun 1422H dengan judul tesis "Dirasah wa Tahqiq Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim li al-Qurthubi" (Analisis Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim karya al-Qurthubi). Beliau telah menghasilkan lebih dari lapan kaset rakaman yang memuat khutbah, kuliah, ceramah, sejumlah bait syair dan hasil seminar-seminar kesusasteraan. Dr Aidh Abdullah al-Qarni juga menghafal al-Quran (yang merupakan syarat mutlak sebagai mahasiswa di Arab Saudi, pada umumnya) dan juga hafal kitab hadis Bulughul Maram serta menguasai 5000 hadis dan lebih dari 10000 bait syair Arab lama hingga moden. La Tahzan, Karyanya Yang Paling Terlaris Dr Aidh Abdullah al-Qarni ialah penulis buku paling terlaris berjudul La Tahzan. La Tahzan yang 100 halaman pertamanya ditulis di dalam penjara itu meramu ayat-ayat Al-Quran, hadis dan kata-kata mutiara dari para ulama dan pemikir Barat. Bahasan dan bahasanya sangat sederhana, tapi justru itulah kelebihan La Tahzan. Buku ini sudah diterjemahkan ke dalam 29 bahasa dunia. ''Di Arab Saudi, buku itu sudah dicetak kurang lebih 1,5 juta eksemplar,'' kata Dr Aidh. Di Indonesia dan Malaysia, buku ini juga sempat menjadi buku terlaris. Kelebihan buku beliau terlihat pada bahasan-bahasannya yang fokus, penuh hikmah, dan selalu memberi jeda untuk merenung sebelum berlanjut pada bahasan berikut. Pada bahagian penutup, hadir pula kata-kata bijak yang menjadi intisari tulisan-tulisan sebelumnya. Dalam bukunya pula, Dr Aidh mengajak pembaca agar tidak menyesali kehidupan, tidak menentang takdir, atau menolak dalil-dalil dalam al-Quran dan sunnah. Dari 80 buku yang telah beliau tulis, hak cipta empat di antaranya (La Tahzan, Al-Azhamah, Hada’id Dzat Bahjah dan Fih ad-Dalili) telah beliau jual kepada dua orang agen buku di Arab Saudi. Akibatnya, walaupun jutaan buku terjual, Dr Aidh sama sekali tidak mendapatkan apa-apa. Barangkali inilah kekeliruan terbesar dalam hidupnya, yang tidak benar-benar beliau akui. Selain La Tahzan karya-karya beliau yang lain antaranya 30 Tips Hidup Bahagia, Berbahagialah: Tips Menggapai Kebahagiaan Dunia Akhirat, Menjadi Wanita Paling Bahagia, "Muhammad Ka annaka Tara", Bagaimana Mengakhiri Hari-Harimu dan lain-lain lagi.
Syair-syairnyaKutanamkan di dalamnya mutiara, hingga tiba saatnya ia dapat menyinari tanpa mentari dan berjalan di malam hari tanpa rembulan. Karena kedua matanya ibarat sihir dan keningnya laksana pedang buatan India Milik Allahlah setiap bulu mata, leher dan kulit yang indah mempesona.Sebuah lagi bait syairnya: Betapapun kulukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf,Kekudusan-Mu tetap meliputi semua arwah Engkau tetap yang Maha Agung, sedang semua makna, akan lebur, mencair, ditengah keagunganMu, wahai Rabbku. Temuramah-temuramah Dengannya
Berikut temubual antara Dr Aidh Abdullah al-Qarni dengan wartawan Indonesia, Luqman Hakim Arifin semasa Dr Aidh berada di Bogor, Jawa Barat, Indonesia pada 5 Mac 2007. Peristiwa apa yang mendorong anda menulis La Tahzan? Dipenjara selama 10 bulan, sekitar 10 tahun lalu, itulah salah satu peristiwa yang mendorong saya menulis La Tahzan. Saya ditahan karena menerbitkan beberapa bait syair berkaitan dengan politik. Nah, selama di penjara, saya banyak membaca buku mengenai musibah dan masalah manusia, pembunuhan serta hubungan bapa dengan ibu atau anak dengan orang tua. Ini mendorong saya untuk memberikan solusi kepada mereka. Sesedih apa anda di penjara sehingga menghasilkan La Tahzan? Sebenarnya kesedihan bukan masalah bagi saya. Tidak banyak kesusahan selama saya di penjara. Sebab waktu itu saya ditempatkan dalam tempat khusus dan diperlakukan dengan hormat (Aidh ditahan bersama beberapa ulama Saudi yang vokal terhadap pemerintah). Gaya penulisan La Tahzan sangat khas. Dari mana Anda mendapatkan inspirasi itu? Saya sulit mengatakan dari mana. Saya memiliki perpustakaan pribadi yang jumlah bukunya mencapai 10.000 judul. Untuk menulis La Tahzan, saya gunakan lebih kurang 300 buku dari berbagai bahasa sebagai rujukan. Mulanya saya menulis bab per bab. Tapi, saya pikir, orang akan bosan dengan cara penulisan seperti itu. Maka, saya buat berlika-liku seperti sebuah taman, sehingga pembaca seperti berjalan di tempat yang indah. Apakah ini gaya penulisan baru dalam khazanah perbukuan Arab? Ya, ini metode yang baru dipakai dalam buku-buku Arab. Saya belum pernah melihat sebelumnya. Tapi ini sebenarnya metode dari Barat. Siapa penulis Barat yang memberi inspirasi pada anda? Dale Carnegie! Ia menulis buku tentang motivasi. Judulnya How to Stop Worrying and Start Living, yang dicetak hingga 8 juta eksemplar. Berapa lama anda menyelesaikan La Tahzan?
Saya susun selama tiga tahun dan mengeditnya tiga kali setiap menulis satu bagian buku. Apakah anda menduga buku ini akan laris? Saya tidak menduga sama sekali. Ini pelajaran penting bagi banyak orang, baik penulis maupun penceramah, sepandai apa pun ia berpidato dan mengungkapkan kata-kata indah, ia harus memohon kepada Allah (yahtasib billah). Setiap kali umrah di Mekkah, saya selalu berdoa kepada Allah agar diberi kemampuan menulis sebaik-baiknya. Berapa banyak keuntungan finansial yang Anda dapatkan dari buku yang sudah dicetak jutaan eksemplar ini? Waktu buku itu pertama kali terbit, saya hanya mendapat sedikit, 10% dari buku itu. Sebab waktu itu buku saya banyak yang dicekal. Saya serahkan hak ciptanya kepada teman-teman pengusaha. Alhamdulillah, berkat keikhlasan itulah buku saya tambah laris. Berarti Anda tidak mendapatkan apa-apa dari penjualan sekarang ini? Ya, saya tidak menerima apa-apa. Banyak ulama menyarankan agar saya memperbarui kontrak buku itu. Ada semacam pelanggaran hak-hak saya. Tapi saya belum melakukan apa-apa. Saya serahkan semua kepada Allah. Anda menyesal telah menjual hak cipta buku laris itu? Tidak, saya bahagia. Saya orang yang kaya! Dan itu berkat doa umat Islam. Itu lebih berharga daripada harta. Selain membuat saya terkenal, yang terpenting, La Tahzan telah memberi banyak manfaat pada umat manusia. Apakah hak cipta buku-buku lainnya Anda jual juga? Hanya tiga-empat judul buku yang hak ciptanya saya jual. Di luar itu, hak saya. Di Indonesia, banyak buku dicetak tanpa izin anda Semoga Allah mengampuni mereka. Secara peribadi, saya sangat bersyukur buku saya menyebar di mana-mana, orang memanfaatkannya dan mendoakan saya. Doa lebih berharga daripada harta. Apa manfaatnya harta dan kedudukan? Di mana Soekarno dan Soeharto sekarang? Semua hanya milik Allah (Aidh tertawa). Anda dikabarkan hendak mundur dari dunia dakwah kerana tuduhan bahawa anda khawarij, ulama penguasa, plin-plan dan oportunis Kisah mundur dari dakwah itu tidak benar. Ceritanya, waktu itu saya menulis syair yang isinya mengatakan bahwa saya akan beristirahat beberapa bulan guna mengatur dokumen-dokumen di rumah saya. Tapi orang menafsirkan saya mundur dari dakwah. Padahal, dakwah itu tidak boleh berhenti sampai kita mati. Jenis ulama seperti apakah anda, progresif, radikal, fundamental, atau moderat? Saya ingatkan terlebih dahulu sebuah ayat Al-Quran, Falaa tuzakku anfusakum (Jangan menilai atau memuji diri sendiri). Saya memandang diri saya, tanpa berniat memuji, sebagai orang yang moderat. Tidak kiri, tidak kanan; tidak keras, tidak lemah. Saya ini orang moderat yang bisa mengerti semua pihak. Apa pendapat anda soal kebebasan berekspresi? Islamlah yang mengajak orang untuk memiliki kebebasan berekspresi. Tapi ada dua syarat dalam hal ini. Jangan sampai menghina suatu agama dan, kedua, jangan sampai merusak dan memfitnah orang lain. Apakah pembuatan dan pemuatan karikatur Nabi Muhammad SAW di koran Denmark itu satu bentuk kebebasan berekspresi? Baik ulama Islam maupun orang Barat sekalipun menganggap itu bukan bentuk kebebasan berekspresi, melainkan suatu penghinaan. Buktinya, mereka tidak mau terima ketika ada penolakan soal Holocaust. Ataukah kasus karikatur itu bisa dilihat sebagai bentuk perbenturan peradaban? Tidak. Ini bukan perbenturan peradaban. Itu tindakan bodoh saja. Saya banyak bertemu dengan orang Amerika, Barat. Mereka sangat hati-hati dan memperhitungkan umat Islam. Islam selalu dikaitkan dengan isu terorisme. Apa catatan anda untuk hal ini? Ini terjadi karena kebodohan segelintir orang Islam yang melakukan pengeboman di Gedung WTC, Amerika. Akibatnya, banyak umat Islam yang menjadi korban karena pengeboman itu. Banyak orang kafir yang menilai itu sebagai bagian dari ajaran Islam. Padahal, Islam tidak mengajarkan seperti itu! Ulama harus bangkit dan menerangkan Islam sebagai barang yang utuh dan melakukan dialog dengan Barat dan dunia di luar Islam, sehingga mereka bisa memahami Islam dengan yang sebenar-benarnya. Jika ada orang yang sudah membaca buku Anda tapi tetap saja sedih karena persoalan hidupnya, apa saran anda? Anda harus ingat, satu-satunya buku yang bisa memberikan solusi bagi umat manusia adalah Kitab Suci Al-Quran. Temuramah Kedua
Berikut pula temubual Dr Aidh dengan wartawan Indonesia, Damanhuri Zuhri dan Burhanuddin Bella. di Pesta Buku Islam, Indonesia pada awal tahun 2006. Dengan diperkaya keterangan dari sejumlah sumber, Dr Aidh pun bertutur tentang buku, kegiatan dakwah dan kehidupan peribadinya. Mengapa anda memberi judul La Tahzan (Jangan bersedih). Apa sesungguhnya yang mendorong anda memberi judul seperti itu? Pertama, ini alasan dari Alquran. Seperti yang difirman Allah SWT: La tahzan wa laa takhof (Janganlah bersedih dan janganlah takut). Ayat ini disampaikan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW ketika bersama-sama sahabatnya Abu Bakar Ash-Shiddiq memasuki Gua Tsur sebelum melakukan hijrah ke kota Yatsrib, Madinah al Munawwarah. Kedua, sesungguhnya kesedihan itu adalah penyakit alam seluruhnya. Muslim atau bukan Muslim, orang pasti mengalami kesedihan. Sedih karena sakit, sedih karena meninggal, sedih karena kesulitan hidup dan berbagai masalah. Jadi, karena alasan itulah makanya buku ini saya beri judul La Tahzan. Anda dikenal sebagai seseorang yang banyak menulis dan membaca buku. Sebenarnya, apa pedoman-pedoman atau petunjuk-petunjuk praktis supaya lebih mudah dalam mendapatkan ilmu? Kaedah pertama seseorang yang menuntut ilmu bagi kaum Muslimin untuk mendapatkan ilmu adalah ikhlasun niat lillahi ta'ala. Karena dengan niat yang ikhlas, Allah akan membuka hati seorang Muslim. Kedua, kita mempelajari ilmu secara bertahap, berjenjang, tabarruj. Jangan kita langsung kepada masalah-masalah besar nanti kita tidak bisa menguasai. Ketiga, hendaklah kita membaca. Tapi, membaca saja tidak cukup kita ambil ilmunya dari para masyarih (yang menguasai masalah). Orang-orang berilmu yang mengerti masalah, sehingga ilmu kita kalau dari buku saja bisa saja pemahaman kita salah. Tapi, ketika kita membahasnya dengan orang-orang yang mengerti, insya Allah, pemahaman kita akan lebih mantap dan ilmu kita akan lebih lurus. Keempat, ketika kita sudah mengetahui satu masalah tentang ilmu kita, amalkan. Jangan hanya dijadikan teori hingga akhirnya ilmu kita tidak berkah. Sebagaimana orang Yahudi dalam Alquran waktu mereka membatalkan janji-janji kepada nenek moyang mereka itu yang membuat hati mereka sesat dan menjadi batu. Ini i'tibar bagi kita sekalian. Kelima, kalau kita sudah punya ilmu dan paham benar maka ajarkan kepada orang lain. Jangan disimpan untuk diri sendiri. Berikan ilmu kita kepada orang lain sehingga banyak manfaatnya untuk masyarakat menjadi amal saleh bagi kita. Aktiviti Al Qarni boleh dibilang tidak jauh dari kegiatan membaca dan menulis. Bahkan, ketika masih mendekam dalam penjara, dua aktiviti inilah yang membuatnya sibuk. Menimba ilmu adalah hal utama bagi beliau yang mendalami ilmu syariah dan dakwah.
Selama 25 tahun, beliau mengharungi dunia dakwah. Kaset-kaset ceramahnya telah beredar dan berkumandang di sejumlah masjid, yayasan, universiti dan sekolah di berbagai belahan dunia. Kitab-kitab karyanya yang berjumlah lebih dari 70 buah itu telah pula diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa. Maka, ketika terbetik khabar beliau akan mengundurkan diri dari dunia dakwah, banyak orang yang terkejut dan bertanya-tanya, ''Apakah ini keputusan terakhir sang tokoh?'' Ada informasi bahawa anda akan mengundurkan dari kegiatan dakwah. Apa benar? Saya memang pernah menulis 70 bait dalam bahasa Arab. Dalam salah satu bait tersebut ada yang sempat disalahpahami oleh media massa bahwa saya akan berhenti dalam berdakwah. Media massa di Arab Saudi menafsirkan sendiri yang kemudian dikutip oleh berbagai media massa di beberapa negara bahwa saya akan berhenti dalam berdakwah. Padahal sebenarnya tidak begitu. Dakwah itu kewajiban syar'i seorang Muslim sejak dia mampu sampai meninggal. Ini seperti firman Allah SWT: Hatta ya'tiyakal yaqinu (Sampai maut menjemputmu, red). Jadi, saya tidak akan meninggalkan dakwah. Dakwah akan saya laksanakan seumur hidup saya sampai saya meninggal. Berkembangnya berita rencana pengunduran anda dari dunia dakwah dipicu adanya tudingan bahwa masjid yang selama ini digunakan sebagai sarana dakwah dianggap sebagai tempat sarang teroris. Bagaimana menurut anda? Saya pribadi tidak pernah mengungkapkan masalah ini. Saya pikir ini adalah semacam fitnah dari orientalis, dari orang-orang yang tak suka dakwah berkembang pesat. Mereka berusaha untuk memecah belah umat Islam. Selama ini, alhamdulillah, masjid-masjid kita sebagai markas dakwah, markas orang-orang untuk menuntut ilmu, tempat melaksanakan ibadah, tempat melaksanakan ajaran Islam dengan baik kondisinya sangat bagus. Jadi, kita harus mewaspadai tipu daya dan fitnah yang dilakukan orang-orang yang tidak suka terhadap Islam, yang ingin terus berupaya memecah belah umat Islam. Dunia dakwah sudah menjadi bahagian dari hidup anda. Sebenarnya, apa saja bekal yang harus dipersiapkan demi dakwah? Seperti mobil yang tidak bisa berjalan kalau tidak ada bahan bakarnya, maka dai perlu bahan bakar supaya dia bisa bergerak di dalam dakwah. Apa bahan bakar kita? Yaitu, tegakkanlah shalat, banyak bersedekah, banyak berdoa, banyak membaca Alquran, banyak zikrullah. Shalat, sedekah, doa, baca Alquran, zikrullah adalah bekal seorang dai. Bagaimana dia bisa berjalan kalau tidak menjalankan ini. Apakah kamu mengajak orang kepada al birri wat taqwa tapi engkau melupakan dirimu sendiri? Apa pandangan anda terhadap penghinaan Rasulullah SAW yang dilakukan media Barat, sehingga menimbulkan reaksi demonstasi di berbagai belahan dunia Muslim? Demonstrasi untuk membela hak-hak kaum Muslimin dan penghormatan terhadap simbol-simbol Islam seperti yang kita lihat dilakukan Denmark kepada Rasulullah s.a.w. ketika dilakukan dengan baik adalah sesuatu yang patut disyukuri. Saya bersyukur kepada dunia Islam atas sikap mereka yang baik untuk membela Islam. Tapi, saya menyayangkan kalau demonstrasi bersifat anarkis, merusak, membakar, dan menghancurkan. Islam tidak mengajarkan begitu. Dan saya melihat Anda sekalian saudara-saudaraku di Indonesia berdemonstrasi dengan baik dan sangat tertib seperti yang saya lihat di televisi dan insya Allah itu menjadi demonstrasi yang dapat dicontoh dengan baik oleh masyarakat dunia Islam. Saya sebagai dai dan seorang Muslim bersyukur atas aktivitas yang baik yang dilaksanakan itu. Selama berada di Indonesia, Al Qarni sempat beristirahat selama dua hari di kawasan Puncak, Jawa Barat. ''Dia sangat kagum dengan air terjun dan pepohonan. Biasanya, setelah menyaksikan air terjun dan pohon-pohon, dia merenung. Kalau sudah begitu, dia tidak mau diganggu,'' tutur Anis Mas Tuhin, chief editor Qisthi Press, yang selalu menemani Aidh Al Qarni. Qisthi Press adalah pemilik hak cipta untuk menerbitkan buku La Tahzan versi bahasa Indonesia. Saat berada di Puncak, kata Anis, Al Qarni tampak mengagumi pemandangan yang dipenuhi banyak gunung. Dia biasanya menatap pemandangan sambil menulis catatan. Kerap makan nasi kebuli, tidak jarang Anis melihat Al Qarni hanya memesan roti. ''Dia paling senang buah-buah Indonesia, seperti pisang,'' tuturnya. Anis menangkap kesan, Aidh Al Qarni adalah seorang moderat dan terbuka. Al Qarni, disebutnya, sangat responsif terhadap orang-orang yang menemuinya. ''Orangnya ramah,'' Anis menuturkan. Terhadap bencana beruntun yang menimpa bangsa Indonesia, Al Qarni, kata Anis, berpesan kepada umat Islam Indonesia,''Jangan bersedih. Insya Allah ada jalan keluar.'' Bagaimana latar belakang keluarga anda? Orang tua saya seorang tokoh masyarakat di daerah saya. Saya berasal dari keluarga ulama. Sejak kecil ayah sudah membawa saya ke masjid untuk shalat berjamaah. Saya juga sudah terbiasa dengan bacaan sejak kecil. Tampaknya saya dididik menjadi pejuang dakwah. Ayah selalu membelikan buku bacaan untuk saya. Ada berapa anggota keluarga anda? Anak saya enam, dari dua istri. Saat bersama keluarga, biasanya saya isi dengan bermain bola bersama anak-anak. Saya selalu menyediakan waktu khusus untuk keluarga. Bagaimana anda mendidik anak-anak, apakah mereka diarahkan seperti anda menjadi penulis? Saya tidak mengarahkan anak-anak saya seperti diri saya. Saya serahkan anak-anak menentukan masa depan mereka sendiri. Terserah mau jadi apa nantinya. Itu tergantung mereka sendiri. Yang saya selalu tekankan adalah pendidikan agama, terutama menyangkut akhlak dan moral. Biasanya, nama Aidh itu dipakai oleh orang-orang Yaman atau khadhari. Apakah ada termasuk keturunan Yaman? Datuk-datuk saya dari Al-Anshari di Yaman. Jadi, saya keturunan Yaman. Ini untuk perkenalan saja. Kalau khadhari, mereka mempunyai jasa yang besar, mereka kebanyakan pedagang-pedagang yang sukses dalam usaha mereka baik di bidang dakwah. Mereka menjadi dai, ahli ilmu yang sangat banyak jasanya bagi Islam khususnya di Indonesia. Bagaimana anda mengisi waktu luang? Tiap sore saya selalu menyiapkan waktu untuk keluarga selama 2-3 jam. Tiap Jumat saya libur total, kecuali kegiatan dakwah. Di luar itu, pagi saya membaca di perpustakaan. Usai solat Zuhur saya menulis, 4-5 halaman. Habis Maghrib biasanya saya berdakwah. Saya mengisi acara dakwah di televisyen (Arab Saudi). Kegiatan dakwah ini biasa juga dimulai selesai Ashar hingga Isyak. Saya mengisi acara dialog interaktif di televisyen. Sumber: http://profil-insan.blogspot.com/2009_03_01_archive.html
 Bergembiralah bila Allah menggerakkan dirimu menghulurkan bantuan dengan kasih sayangmu. moga terbentuk kelunakan hatimu untuk terus memberi  Siapa yang anda sayang? Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,
"Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia sayang pada hari kiamat." ( Riwayat Tirmizi )
Justeru, pastikan kita tidak menyayangi ahli maksiat. Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD Bersyukur Allah buka pintu hati HASRAT hati untuk pergi bersiar-siar dan membeli belah di pekan Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, ternyata merupakan detik paling manis dalam kehidupan Osmera Bachik, 57, dan isterinya Wina Busu, 44. Apa tidaknya, niat yang pada mulanya untuk pergi bekerja sebagai pekebun terpaksa ditangguhkan pada hari itu kerana terpaksa mengikuti isteri ke pekan bagi membeli barang keperluan rumah. Dia yang pada mulanya menolak, akhirnya tergerak hati untuk pergi setelah dipujuk oleh isteri dan dengan niat sudah lama tidak keluar bersiar-siar. Siapa sangka, perbuatan rela dalam paksa itu menjadi sejarah yang sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dia dan isterinya telah ditemukan Allah SWT dengan sinar agama Islam. Setelah lebih 50 tahun penduduk Kampung Orang Asli Leryar Fasa 11 itu hidup tanpa pegangan agama dan kepercayaan yang benar, Osmera sangat bersyukur dibuka pintu hatinya untuk meninggalkan kepercayaan tradisi dan keluar daripada kegelapan. "Pada mulanya saya menolak ajakan isteri untuk pergi ke pekan membeli barang keperluan rumah. Selalunya, dia akan pergi seorang diri atau ditemani jiran dan anak-anak. "Entah kenapa, hati saya tergerak mengikut isteri setelah diajak berulang kali. Sepatutnya, pada hari itu saya perlu pergi kerja, menguruskan tanaman kebun yang terletak tidak jauh dari rumah," katanya ketika ditemui Mega di Kampung Orang Asli Leryar Fasa 11, baru-baru ini. Namun, dengan izin daripada Allah SWT, semasa bersiar-siar dan membeli belah, Osmera lalu berhampiran sebuah masjid dan secara kebetulan mendengar laungan Azan. "Seperti ada sesuatu perasaan yang sangat berbeza dalam diri saya, yang belum pernah saya rasai apabila mendengar laungan takbir azan di sebuah masjid berhampiran Tanah Rata itu. "Lalu saya dan isteri seperti terpanggil untuk mengetahui apakah suara itu. Saya dan isteri menuju ke masjid itu lalu berjumpa dengan seorang jemaah di dalam masjid itu. "Apabila ditanya, barulah saya tahu, suara itu adalah laungan azan yang mengajak penganut agama Islam untuk menunaikan solat secara berjemaah beramai-ramai," jelasnya. Osmera dan isteri terus mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas tertarik dengan keindahannya yang menggalakkan umatnya berkumpul dan melakukan ibadah bersama. "Saya dinasihati oleh orang tersebut supaya pergi ke jabatan agama Islam berhampiran jika ingin mengetahui mengenai Islam dengan lebih terperinci. "Saya pun mengajak isteri pergi ke jabatan agama Islam. Di situlah saya mempelajari Islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah untuk pertama kalinya," ujarnya. Walaupun sudah berumur dan baru mengenal Islam, Osmera cuba untuk mempelajari dan melakukan segala amalan yang diperintahkan oleh Allah SWT. Osmera giat pergi ke kelas pengajian agama, mendengar kuliah dan bercampur dengan jemaah masjid untuk mempelajari dan menguasai ajaran Islam. Jangan menyebut keburukan seorang ibu di hadapan anaknya. Ia hanya akan memburukkan hubunganmu dengan anak itu. Senang citer jangan menyebut keburukan orang. berkata yang baik-baik saja. insyaAllah BERMULA dengan mendengar bisikan azan dan suara merdu orang mengaji ketika sedang nyenyak tidur sekitar penghujung 2010, merupakan detik awal yang membawa kepada penghijrahan akidah Geethadewi atau nama Islamnya, Nur Samirah Abdullah. Siapa sangka walaupun dengan perasaan yang bercampur baur itu telah membawa wanita berusia 36 tahun ini melafazkan kalimah syahadah di hadapan pegawai dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) pada 15 Mac tahun lalu. Tanpa mengendahkan cabaran yang bakal ditempuh, wanita berasal dari Gopeng, Perak itu akur dengan kehendak hati yang ingin memiliki Islam. "Mulanya saya menyangkakan bahawa azan itu adalah azan Subuh dari surau berhampiran. Namun apabila terjaga saya dapati baru pukul 4 pagi. "Terus bermacam-macam soalan muncul di fikiran dan saya mula berteka-teki serta mencari punca suara itu. Ini kerana ia menerbitkan satu perasaan yang sungguh indah dalam hidup saya," kongsi Nur Samirah ketika ditemui Mega, Utusan Malaysia, baru-baru ini. Menyambung bicara, wanita yang mesra disapa Samirah itu berkata, bermula detik itu dia mula mencari dan mendekati Islam melalui rakan-rakan sekerjanya. Malah jelasnya, apabila kisah itu diajukan kepada rakan-rakan yang rapat dengannya, ada yang menganggap ia sebagai petanda hidayah Allah SWT. Sejak itu, hatinya semakin membuak-buak untuk mendalami Islam, sehingga dia mula bertanya bagaimana caranya. Bagaimanapun, oleh kerana status diri yang masih bergelar isteri orang, keinginannya sedikit terbatas. Lebih-lebih lagi, apabila memikirkan tentangan yang bakal dihadapi daripada suami yang telah 10 tahun dikahwininya. Namun demi mencapai seruan yang telah diberi kepadanya, Samirah tekad mengejar cahaya yang diberikan Allah itu dengan meluahkan hasrat hati untuk bergelar Muslim kepada suaminya. "Sebaik mendengar pengakuan saya itu, suami tidak dapat menerima dan hubungan kami mula goyah. "Malah suami juga mengancam yang berbaur ugutan kepada saya sekiranya tetap berkeras mahu memeluk Islam," katanya yang turut disusuli linangan air mata. Namun bisikan hati yang semakin kuat memberontak untuk menjadi seorang Muslim membuatkan Samirah tekad pergi ke Perkim bersama seorang rakannya. "Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bergelar Muslim. "Biarpun hati saya tenang selepas melafazkan dua kalimah syahadah, perasaan takut tetap ada, apa lagi bila memikirkan reaksi suami. "Sepanjang berada di dalam bas untuk pulang ke rumah, saya tidak henti-henti menangis dan berdoa agar Allah mempermudahkan," ujarnya. Namun kuasa Allah tiada yang dapat menghalang. Sebaik turun bas, Samirah memberitahu, suaminya tidak dapat mengenali dirinya kerana penampilan dirinya yang jauh berbeza. Dia sudah bertudung. Katanya, sepanjang 20 minit itu, kelibatnya tidak disedari sehinggalah dia menepuk bahu dan menegur suaminya. "Saya memberanikan diri lalu menepuk bahu dan menegur suami. Dia terpaku dan tergamam. "Selepas itu, kami pulang. Di rumah, suami seorang yang keras tiba-tiba menangis di hadapan saya. "Saya bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan doa saya dengan melembutkan hati suami. Dia menerima keputusan saya, cuma dia bertanya mengapa saya sanggup tinggalkannya dan menukar agama." Sebagai seorang Islam, Samirah sedar hubungan suami isteri antara dia dan suaminya tidak boleh diteruskan kerana batasan agama. Justeru, sebaik selesai tiga bulan idah, mereka berdua akhirnya berpisah. Sambungnya, biarpun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan di antara mereka masih baik malah adakalanya bekas suaminya menghantar dan mengambilnya pulang dari kelas pengajian Islam yang diikuti di Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. "Saya bersyukur kerana Allah melembutkan hati bekas suami dan hubungan kami tetap baik, biarpun berlainan agama," ujarnya. Sumber: Utusan Malaysia 22/03/2012 Susunan ZUARIDA MOHYIN  MEMBACA al-Quran merupakan satu sumber yang membuka pintu hati Sara kepada Islam. - Gambar hiasan IBU bapa saya mengatakan bahawa orang Islam itu berperangai buruk, pengganas dan suka menyeksa orang lain. Jadi pandangan saya tentang Islam adalah negatif. Rupa-rupanya saya silap! Pertama kali saya mendengar tentang Islam ialah kira-kira tiga tahun yang lalu. Pada waktu itu saya berada di sebuah sekolah menengah dan ramai di kalangan teman-teman sekolah saya adalah orang Islam. "Mereka sangat baik, peramah dan mengambil berat. Ada sekali itu, saya terdengar mereka bercerita tentang Tuhan mereka. Secara curi-curi dengan, saya dapati mereka sangat menyayangi agama mereka. "Bermula dari situ, saya mula berminat untuk mengenali siapa tuhan bagi orang Islam. Lantas, saya mula mencarinya menerusi bahan-bahan bacaan dan menerusi Internet. Saya terkesima apabila mendapati bahawa apa yang disentuh di dalam Islam itu diterima akal belaka." Itu cerita Sara membuka bicara detik awal yang membawa kepada Islam. Mungkin ramai yang berasa pelik pada usia 11 tahun Sara sudah mula mencari maklumat tentang agama. Sedangkan lumrah remaja seusianya hal berkaitan agama langsung tidak pernah diendahkan. Namun, akui Sara, oleh kerana dia dibesarkan dalam pegangan agama Kristian yang kuat, tidak hairlanlah pada usia muda dia telah mula mengkaji pelbagai agama, sebelum mengambil keputusan untuk memilih pegangan agama yang dirasakan betul dan benar. Malah dia pernah diajukan persoalan tentang pandangan ramai yang beranggapan wanita Islam sentiasa ditindas dan perlu dibebaskan. Semua itu adalah salah belaka kerana katanya, wanita Islam jauh lebih bebas dan ada hak-hak mereka yang jelas. Malah dalam al-Quran sendiri ada beberapa surah khas buat kaum Hawa. "Yang sebenarnya, ramai yang tidak perasan atau mungkin tidak tahu bahawa wanita Barat adalah golongan yang lebih ditindas secara rela. Kenapa saya kata begitu? Kerana mereka terang-terangan telah dipotretkan sebagai simbol seks. "Lantas, mereka terpaksa menggunakan aset tersebut untuk mencapai pelbagai matlamat dalam hidup. Yang mana hakikatnya, ini merupakan sesuatu yang jelas satu penghinaan kepada kaum wanita. Apabila datangnya Islam, wanita itu telah dipelihara hak-hak mereka," jelas Sara yang masih merahsiakan pengislaman diri daripada pengetahuan kedua-dua orang tuanya. Kata Sara lagi, dia mungkin berbuat demikian kerana masih dibelenggu dengan perasaan takut dengan pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi sekiranya rahsia yang disimpan itu bocor. "Saya akan memberitahu mereka bila tiba masa yang sesuai. Buat masa ini saya rasa lebih selesa dan selamat jika mereka tidak mengetahuinya. Tetapi apabila mereka tahu, saya pasti akan bertudung selepas itu." Kagum dengan umat Islam Persaudaraan dalam Islam yang menitikberatkan aspek kasih sayang dan belas ihsan serta menjaga silaturahim sesama manusia telah menarik minat pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun dari Amerika Syarikat ini yang hanya mahu dikenali sebagai Sara untuk lebih mengenali agama Islam. “Saya begitu kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh para penganut agama Islam kepada Allah. Mereka taat dengan segala ajaran Islam atas dasar mempercayai dengan sepenuh hati akan janji Allah. “Keyakinan mereka bahawa Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada hamba-hambaNya yang setia dan ikhlas dalam setiap amalan walau seberat mana suruhan tersebut. Itu telah menambah kekaguman saya bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada Allah mereka,” katanya. Mengulas kenyataan yang mengatakan umat Islam sekarang kurang mempraktikkan Islam, bagi Sara itu tidak benar. Akuinya seseorang itu tidak sempurna imannya selagi mereka tidak melaksanakan segala ajaran yang diperintah Allah. Kata Sara lagi, Islam bukan sekadar satu agama. Islam ada satu cara hidup. Itulah salah satu faktor yang membuatkannya jatuh cinta pada Allah. “Sebab itu, tidak hairanlah Islam kini adalah agama yang sedang pesat berkembang ke seluruh dunia. Realitinya, orang ramai telah dapat melihat kebenaran agama Islam itu sendiri dan apabila mereka mengakui dan menerima Islam, banyak ganjaran yang menyusul dalam kehidupan mereka. “Malah bagi mereka yang telah membuat pengakuan syahadah, Allah anugerahi mereka dengan kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan walaupun sesekali dijui dengan pelbagai cabaran hidup. Sehinggakan cahaya Ilahi ini terpancar para wajah mereka sekali gus menarik lebih ramai orang kepada agama syumul ini. “Bagi saya, selagi kita meletakkan kebergantungan hanya kepada Allah semata-mata, menyerahkan jiwa dan raga kepadaNya serta serta ikut apa yang diperintah serta tinggalkan apa yang dilarang, Allah akan memberikan kita kemakmuran, ketenangan dan kebahagiaan sebagaimana yang ramai mengimpikannya,” ujar Sara yang ghairah mempelajari bahasa Arab. Malah kata Sara, cita-cita untuk menguasai bahasa Arab mungkin akan bertambah mudah apabila turut dijanjikan bantuan daripada bapanya yang kini menetap di Sudan. Sara ada menyimpan impian untuk menjadi pemimpin dan pada masa yang sama membantu membina keamanan dan hubungan baik tanpa mengira mengira batasan agama dan bangsa. Sumber: Utusan Malaysia 15/03/2012 Susunan ZUARIDA MOHYIN Jason Hamza Perez berusaha membantu mereka yang hidup di jalanan kembali kepada jalan kebenaran. ISLAM telah membuka mata anak muda kelahiran Brooklyn, New York, Amerika Syarikat ini yang suatu masa dahulu terlibat dengan penjualan dadah di jalanan sebelum beralih ke dunia hiburan hip hop. Dua mimpi yang menjadi igauan sepanjang hidup bergelumang dengan dosa itu akui Jason Perez ialah dia pasti akan meringkuk dalam penjara ketika usianya mencecah 21 tahun. Manakala mimpi keduanya pula ialah walau bagaimanapun dia cuba mengelak semua itu daripada berlaku, dia tetap akan berkesudahan dengan kematian. Rupa-rupanya, kedua-dua mimpi ngeri Jason itu ternyata benar. Uniknya, Jason kini bernafas semula dengan nama Islamnya, Jason Hamza Perez. "Saya tidak tahu tentang nafsu. Islam menyedarkan saya bahawa di jalanan anda selalu mencari musuh. Namun, dalam Islam ia mengajar saya bahawa dalam rangka untuk menemukan musuh saya, saya harus melihat diri di cermin terlebih dahulu. Hakikatnya, musuh saya adalah diri saya sendiri iaitu nafsu saya," akui Hamza. Tayangan dokumentari bertajuk, The New Muslim Cool yang pernah menjadi isu hangat rakyat Amerika Syarikat suatu ketika dahulu, sedikit sebanyak mengandungi pengalaman hijrah akidah dan kerohanian Hamza sebaik bergelar Muslim. Dokumentari itu turut menyelitkan pandangannya yang berketurunan Puerto Rico tentang agama. Kini, Hamza telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia muzik dan hip hop yang suatu masa dahulu digilainya. Menurut Hamza, dia mengambil keputusan muktamad itu dengan alasan memberikan lebih tumpuan kepada keluarga, membantu mengukuhkan fungsi masjid dan melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan secara profesional. Malah isteri Hamza, Jennifer Maytorena Taylor merupakan generasi keempat Muslim keturunan Afrika di Amerika Syarikat, yang juga pengarah dan penerbit dokumentari, The New Muslim Cool. Hamza membentuk sebuah komuniti yang terdiri daripada orang keturunan Latin dan Afrika-Amerika yang mana akhirnya ia berpindah dari Massachusetts ke Pittsburgh. Dia menjadi begitu aktif dengan anggota komuniti tersebut sehingga sanggup bekerja keras demi membantu insan-insan yang terlibat dengan penagihan dadah keluar daripada kehidupan di jalanan. Akhirnya, dia berakhir di penjara sebagaimana yang sering dimimpikan sebelum ini. Ironinya bukan sebagai rakan satu sel tetapi sebenarnya Hamza menjadi guru agama atau pendakwah di Penjara Allegheny County. Berkongsi cerita bagaimana dia boleh bertukar menjadi seorang Muslim akui Hamza, dia mempunyai seorang teman bernama Louie Ekuador. Mereka membesar bersama dan kemudian sama-sama juga terlibat dalam penjualan dadah. "Saya mencari kebahagiaan sebagai orang muda, tetapi saya tidak pernah menemuinya. Saya mencuba kehidupan jalanan dan dadah, tapi itu hanya membuat saya menjadi lebih tertekan. "Biarpun kami berjaya mengumpulkan wang yang banyak, sayangnya ia tidak memberi apa-apa kepuasan, jauh sekali kebahagiaan. Suatu hari, sedang kami duduk melepak, kami didatangi oleh seorang Muslim. Dia mula bercerita tentang Islam. Akhirnya kawan saya itu menjadi Muslim," ceritanya. Kebetulan pula, rumah kediaman Hamza berhadapan dengan sebuah masjid. Cuma dia tidak pernah tahu tentang Islam dan ajarannya. Satu-satunya perkara yang dia tahu mengenai Islam ialah mereka membunuh kambing. "Jadi, dalam masyarakat, masjid mereka lebih dikenali sebagai tempat di mana kambing dibunuh. Memang benar, saya rapat dengan bangunan itu tetapi tidak benar-benar tahu tentang apa yang terjadi di dalamnya. Kawan saya, Louise akhirnya memeluk Islam dan menghilang diri selama 40 hari. Khabarnya, dia pergi dengan Jemaah Tabligh menyebarkan Islam. "Namanya pun sudah berubah menjadi Luqman. Suatu hari Luqman datang berpakaian serba putih dengan seorang syeikh bernama Iqbal. Pada masa itu saya dan beberapa teman jalanan sedang bermain dadu, minum, dan merokok. Saya terpegun melihat Louise, wajahnya kelihatan bercahaya. Saya boleh melihat perubahan dalam dirinya. "Jadi, saya terus meninggalkan yang lain. Saat itu, syeikh ada bertanyakan sama ada saya percaya akan Allah yang Esa dan Nabi Muhammad. Saya tahu tentang Allah tetapi tidak tentang Muhammad. Melihat perubahan pada Louise, tanpa ragu-ragu dan teragak-agak, saya minta diajar mengucapkan dua kalimah syahadah, di tepi jalan itu juga. Adik saya yang menyaksikan insiden itu juga, ikut bersyahadah," katanya. Terang Hamza lagi, berita pengislaman itu diterima sedih oleh keluarganya. Pun begitu, apabila mendapati dengan cara itu dia adik beradik bebas daripada dadah dan kegiatan berbahaya, ibu bapa mereka merestuinya. "Ibu saya sangat menyokong kerana saya berubah menjadi seorang anak yang memberatkan ibu, membantu dalam urusan keluarga dan melakukan apa sahaja yang dimintanya. "Dulu sebelum menjadi Muslim, saya tidak pernah ambil kisah tentang ibu. Perubahan dalam diri saya turut menarik kakak saya untuk bergelar Muslim. Kemudian, salah seorang rakan saya ikut jejak. Akhirnya, lebih daripada 55 orang kenalan saya memeluk Islam," jelasnya. Langkah seterusnya yang diusahakan Hamza ialah kembali ke tempat di mana mereka menjual dadah dan memasang papan tanda bertanda Heroin membunuh kamu dan Allah menyelamatkan anda! Hasilnya, ramai daripada mereka terpengaruh. Ditanya masalah yang dihadapi sebagai Muslim jelas Hamza pada peringkat awalnya, dia bagai hilang arah kerana beranggapan terpaksa menurut apa yang diperkatakan oleh Muslim lain. "Saya jadi keliru apabila ada beberapa orang Muslim, mengajar saya untuk melihat Muslim lain dan mengkritik umat Islam lain. Antaranya dalam aspek penampilan seperti Muslim yang berjanggut panjang dan 'pakaian aneh' mereka. "Sampai satu peringkat, perbuatan mengkritik orang menjadi lebih kerap sementara mengingat Allah menjadi sedikit. Saya mulai rasa kehilangan nikmat kemanisan yang dialami ketika pertama kali menjadi Muslim. Namun, saya lakukan transformasi besar bersandarkan pernyataan, hanya melihat kesalahan diri, bukan kesalahan orang," katanya. Sumber: Utusan Malaysia 8/3/2012 Perhatikan dirimu, Tindakanmu, katamu, perbuatanmu, adakah ia buatkan Rasulullah s.a.w gembira, atau buatkan Rasulullah s.a.w sedih? Bicara Habib Ali Zaenal Abidin dalam "Talkshow Andai Rasulullah s.a.w bersama kita" pada 12/2/2012 di Masjid Asy-syakirin KLCC. Bimbanglah bagaimana penilaian, Penilai Utama kita iaitu ALLAH yang punyai CCTV di mana saja, Perhatikan sumber rezeki yang kita bawa pulang untuk keluarga di rumah, agar gaji yang diperoleh halal dan berkat, moga ia benar-benar adalah hasil dari titik peluh kita menunaikan amanah yang diberikan oleh majikan. moga dibalas Allah dgn keluarga yang sakinah(tenang), anak yang soleh, dijauhkan musibah & hati yang tenang. Ameen. Kerana Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).
|  | ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad. Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. - Agensi
BERITA HARIAN, 28/02/2012 |
Semoga dunia tidak menjadi kebimbanganku.ameen  Assalamualaikum. mari pakat dengar...set dalam reminder. temujanji dalam majlis ilmu Syarah Kitab Fiqh Al-Sirah Tulisan Sheikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Syarah oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin. Moga kita semua beroleh ramhat dan keampunan Allah dgn dengar majlis ilmu ini...ameen. Setiap Sabtu, 9.15 malam. ulangan 6.00 ptg Ahad Sering kali aku mendengar ungkapan ini: "Usah lihat kepada siapa yang berkata, tapi lihatlah apa yang dikata, manfaatnya terpulang kepada kamu" "Allah tak jadikan maksiat itu ubat bagi hati" Ustaz Muhammad Bin Abdullah Contohnya, sikap kita perempuan ni bila menghadapi masalah dengan manusia lain, kita lebih suka menceritakannya kepada orang lain dengan ertikata lain mengumpat orang. Kita menyangka bahwa hati kita akan lega lepas berceritakan keburukan orang lain dengan kawan kita. Tapi kita dapat rasa jauh di dalam hati kita, rasa tak tenang. Rasa itu, sebenarnya telah mengganggu ketenangan hati kita. Jelaslah maksiat tak dapat menjadi ubat bagi hati. Benarlah sebaik-baik tempat bercerita, mengadu dan meluahkan adalah Allah. "Ya Allah, kasihani kami, bantu kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang pengasih" ameen benar mahal harga yang perlu dibayar utk sebuah kejayaan, kebahagiaan.... Quote from Ustaz Pahrol Mat Joi Pay Now Play Later NOT Play Now Pay Later  | Coretan Tetamu | |
 | Assalamu`alaikum wmt.. Terima kasih Syura kerana sudi approve as friend. Banyak artikel menarik dan info berguna di sisi.. Alhamdulillah, saya suka membacanya... Selamat berkenalan dan salam ukhuwah dari saya.. :) |
 | This blog is so nice, I wish I had such a fine design on mine. :D By the way, mkv file player is really good. http://freemkvplayer.net/ |
 | Hello! My name is Natella and I just passed by your blog and I must say I like it a lot! It is absolutely adorable and cute! youtube to mp4 converter |
 | Your profile is so cute and pink! And I really love the flowers and the sparkling frames. :D Do you know how to play vob files? http://vobplayer.org/ |
 | Hello! I would like to grab your attention for a minute and telly you some information about Screen Capture Software http://freescreenrecorder.net/ It is free software program that records all the motions of your screen! |
 | safeazinnirah: wa'alaikumussalam warahmatullah...terima sudi berziaah disini:)
|
 | ^_^..Assalamualaikum...salam ukhuwah..:) |
 | waalaikumussalam warahatullah
alhamdulillah sihat...insyaAllah...
jap lagi saya add:) |
 | Tipsone.Com - Tips dan trik komputer, Facebook, blog, website, multiply themes, wordpress themes, adsense, windows, tutorial, trouble shooting, review software gratis, freeware, game gratis, Design photoshop,flash animasi, blogging, bisnis, software internet,seo, aneh tapi nyata, gambar aneh, download, artikel terbaru, mp3.. visit http://tipsone.com |
 | Tipsone.Com - Tips dan trik komputer, Facebook, blog, website, multiply themes, wordpress themes, adsense, windows, tutorial, trouble shooting, review software gratis, freeware, game gratis, Design photoshop,flash animasi, blogging, bisnis, software internet,seo, aneh tapi nyata, gambar aneh, download, artikel terbaru, mp3.. visit http://tipsone.com |
 | wslm ema....alhamdulillah sihat.....terima kaseh sebab sudi jejalan kat rmh saya ni....lagi.... |
| |